Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi KKRS...

Pengumuman

[] MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH BAHARU MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KERAJAAN NEGERI 2024M/1445H

Kepada semua Pembekal Makanan/Minuman, berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa, Kementerian Kerja raya Sabah ingin memaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh dalam menyediakan perkhidmatan membekal makanan/minuman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri 2024M/1445H.





Berita

LEONARD DILANTIK TIMBALAN KPPAN, IR SAFRI SELAKU PENGARAH JKNS BAHARU

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Leonard Stephen Poyong, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah diatas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan selama berkhidmat bersama Jabatan dan Kementerian. Penghargaan Tahniah juga diucapkan kepada Encik IR. Mohammad Safri bin Abd Habi, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, JKR Sabah atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Keretapi Sabah yang baharu. Selamat bertugas diucapkan dan semoga terus maju jaya diucapkan

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2024

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2024 disempurnakan oleh YB Datuk Ir Shahelmey Bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Sabah. Hadir sama YB Datuk Hj Hamsan Hj Awang Supain, Pembantu Menteri KKTP, YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, Ketua Polis Daerah Sandakan, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS, En Hassan Bin Mahali, Timbalan Setiausaha Tetap I KKRS, Pegawai Kementerian, Ketua -Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin Masyarakat. Program yang diadakan bertempat di Stesyen Minyak Petronas, Batu 8 Jalan Lintas Labuk Sandakan adalah anjuran Unit Pengangkutan Awam, Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS selaku urus setia Kempen Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan, JPJ Negeri Sabah, PDRM, Agensi/Jabatan dibawah KKRS dan pihak berkuasa tempatan.

Kunjungan hormat JPJ Malaysia kepada SUT Kementerian Kerja Raya Sabah

Kunjungan hormat Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia kepada Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah. Rombongan JPJ turut disertai Hj Mohd Harris Bin Ali, Pengarah JPJ Sabah, Ketua-Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan serta pegawai-pegawai. manakala KKRS pula dihadiri Tuan Hassan Mahali, TSUT I bersama Tuan Burhan Nuddin Mahmuddin, PSU Prasarana Awam.

Lihat Semua

Agensi Kerjasama

img Jabatan Kerja Raya Sabah
img Jabatan Air Negeri Sabah
img Jabatan Keretapi Negeri Sabah
img Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah
img Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah
img Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
img Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR Sabah)