Y.A.B. Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dalam persidangan media yang telah diadakan pada 13 Mei 2009 telah mengumumkan pertukaran beberapa portfolio Menteri dan Pembantu Menteri termasuk Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur.
Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah telah ditukarkan portfolio daripada Menteri Pembangunan Infrastruktur kepada Menteri Pembangunan Perindustrian. Beliau juga tidak lagi menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Di samping itu, Y.B. Datuk Seri Panglima Michael Asang yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur telah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.
Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur yang baru. Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur yang baru dipegang oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Merotai, Pang Yuk Ming. Y.B. Datuk Japlin Hj Akim masih dikekalkan sebagai salah satu Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktrur.