Pada 20 Mei 2009, Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Infrastruktur telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Dalam majlis tersebut, penyerahan tugas secara rasmi oleh Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah kepada Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur yang baru telah disaksikan oleh ramai pihak yang termasuk pembantu-pembantu menteri KPI, pegawai-pegawai KPI, ketua-ketua jabatan di bawah KPI, dan para wartawan dari pelbagai syarikat akhbar.
Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian yang baru telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Dalam ucapan tersebut, beliau telah memperkenalkan pelaksanaan dan prestasi terkini mengenai projek-projek pembangunan KPI secara ringkas. Di samping itu, beliau juga berterima kasih kepada semua warga KPI dan jabatan/agensi di bawah KPI ke atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KPI.
Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan juga telah memberikan ucapan beliau dengan harapan dapat meneruskan usaha untuk memajukan lagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur di Negeri Sabah.

