09 April 2010, Pelancaran Tabung Badan Kebajikan Masyarakat Islam (BKI) KPI telah diadakan dan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Japlin Hj. Akim, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah selaku Penaung BKI/KPI.
Hadir sama di Majlis Pelancaran tersebut ialah Y.Bhg. Encik Ahmad Hj. Awg Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap/KPI selaku Penasihat BKI.
BKI ditubuhkan pada 1996, yang telah direalisasikan oleh Y.Bhg. Datuk (Kol.) Hj. Abd. Ghani Hj. Abd. Rashid, Setiausaha Tetap/KPI pada ketika itu.
Tabung ini antara lain bertujuan untuk mengumpul dana bagi memudahkan aktiviti BKI dilaksana dengan lancar dan sempurna.



