Profil Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI)
Kementerian ini dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya (KPKR) ditubuhkan melalui warta Kerajaan No.56 bertarikh 21 September 1963. Pada tahun 1999, nama KPKR digantikan dengan nama Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) sehingga kini.
KPI dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam di Negeri Sabah. Jabatan/Agensi utama di bawah Kementerian ini ialah:
- Jabatan Kerja Raya Sabah
- Jabatan Air Negeri Sabah
- Jabatan Keretapi Negeri Sabah
- Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah
- Jabatan Pembantungan Sabah.
- Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah.